Kenali Durian Belanda yang bermasalah


Assalamualaikum dan selamat pagi


Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana ingin mengenali buah durian belanda yang elok kerana kebiasaannya mereka memperoleh buah yang isinya sudah kehitaman dan tidak elok untuk dimakan.

Oleh itu, hari ini saya berminat untuk berkongsi kepada kalian semua cara untuk mengenali buah durian belanda yang bermasalah.

Ini merupakan teknik asas mengenali buah yang bermasalah.


1. Terdapat bintik-bintik hitam pada bahagian berdekatan duri buah.

->Bintik-bintik ini menandakan sudah ada kehadiran haiwan perosak didalam buah





Jangan risau jika ternampak karat seperti dalam gambar di bawah (bulat berwarna kuning). Penyebab karat adalah apabila berlaku geseran antara permukaan buah dan dahan pokok.

Buah ini sudah ada tanda kehadiran serangga perosak kerana memiliki lubang kecil berwarna hitam.

2. Elakkan buah yang seperti pada gambar dibawah. terdapat cairan hitam seperti getah mengalir dari lubang pada buah berkenaan. 
Berikut merupakan beberapa contoh lain buah yang bermasalah. 





Buah durian belanda sebegini boleh dibeli untuk mendapatkan bijinya tetapi untuk makan mungkin hanya sebahagian isinya sahaja yang masih elok.

Sekian perkongsian untuk hari ini.


**Jemput like page Nursery Mohint --> https://www.facebook.com/nurserymohint/

^_^

Comments