Pendebungaan adalah salah satu daripada teknik-teknik penting untuk memperoleh hasil tanaman yang maksima lebih-lebih lagi pada tanaman durian belanda.
Apakah yang dimaksudkan dengan pendebungaan????
Berlainan jenis tanaman mempunyai jenis bunga yang berbeza. Sama ada anter dan stigma pada bunga yang sama ataupun anter dan stigma berada pada bunga yang berasingan.
Bagi tanaman durian belanda, anter dan stigma berada pada bunga yang berasingan.
Terdapat 2 fasa bagi bunga durian belanda iaitu fasa bunga jantan dan juga fasa bunga betina. Kedua-dua bunga ini kembang pada waktu yang berbeza.
Debunga jantan boleh diperoleh pada waktu pagi sahaja, manakala fasa bunga betina adalah pada waktu petang-senja dimana suhu persekitaran adalah rendah.
Buat masa sekarang masih tiada lagi agen yang benar efektif sebagai agen pendebungaan tanaman durian belanda. Oleh itu, adalah digalakkan untuk pengusaha tanaman untuk melaksanakannya bagi memperoleh hasil tanaman yang terbaik.
proses pendebungaan sedang dijalankan.
Berus kecil perlu digunakan untuk meletakkan debunga jantan pada stigma bunga betina.
Pemilihan bunga betina yang sesuai juga adalah penting bagi memastikan keberkesanan teknik ini.
Stigma adalah sensitif kepada sentuhan tangan manusia, elakkan untuk sentuhan secara terus kerana ini akan menghilangkan cecair pada permukaan stigma.
Apakah kepentingan proses pendebungaan ini???
- Untuk memperoleh hasil tanaman yang maksima
- Bagi menghasilkan buah yang berbentuk elok
Sekian perkongsian untuk hari ini.
Terima kasih.
Ingin memperoleh maklumat lanjut? boleh sertai kursus anjuran kami .
KURSUS DURIAN BELANDA @ NURSERYMOHINT
___________________________________________________________________
Assalamualaikum dan selamat pagi
Kursus akan dikendalikan sendiri oleh pemilik Nursery Mohint , En Shamsudin.
Tarikh : 26 Mac 2016 Sabtu (8 pagi - 7 petang)
Lokasi: Ladang TKPM, Pusat Pertanian Ayer Hitam, Johor
Bayaran: RM100 sahaja (makanan disediakan-sarapan pagi, makan tengahari, minum petang)
Jumlah Peserta: 20 orang sahaja
Modul:
-penyediaan anak benih
-penjagaan anak benih
-penanaman anak benih
-pengambilan hasil
-proses pengasingan isi dan biji benih
-pendebungaan
PERCUMA!!! 3 anak pokok durian belanda bagi setiap peserta kursus
Tarikh Tutup Pendaftaran: 19 Mac 2016
untuk maklumat lanjut boleh whatsapp
--->>>cik Intan 0136461067 (admin Nursery Mohint )
Comments
Post a Comment