BETIK THAILAND

assalamualaikum semua,
dah lama kami tak kemaskini blog kami.

oleh itu, entri kali ini kami ingin berkongsi antara ilmu yang kami peroleh semasa lawatan ke ladang2 di Thailand pada minggu lalu.
Alhamdulillah kami berpeluang untuk ke Thailand pada 13-16 Mac yang lalu di sungai kolok@golok, Narathiwat.

Antara tempat yang kami lawati adalah

14 Mac


1. Projek pertanian di salah sebuah sekolah rendah Thailand
 
 


2. Ladang Diraja empunya Permaisuri Thailand, berkeluasan 30 ekar.


                                         
3. Pikunthong Royal Development Study Centre (PRDSC), berkeluasan 100 ekar. 





4. Kolam Ternakan Ikan hakmilik Raja Thailand






15 Mac

1. MJ Farm, Pemilik Ladang ini telah beberapa kali menerima anugerah dalam bidang pertanian yang disampaikan oleh Kerabat Diraja Thailand.

                  
                           

2. Program pemberian sumbangan kepada penduduk kampung iaitu baja dan juga benih tanaman.



Rumusan daripada lawatan ke tempat2 ini adalah


- Masyarakat Thailand telah didedahkan dengan kepentingan pertanian sejak dibangku sekolah lagi.
- Pertanian penting sebagai sumber makanan.
- Hampir setiap rumah mengusahakan tanaman dan ternakan mereka sendiri agar kehidupan mereka terjamin
- Apabila mereka berjaya mengusahakan pertanian berskala kecil mereka boleh memohon untuk melaksanakannya dalam skala yang lebih besar.
- Petani diberikan baja dan benih secara percuma dan menerima pengiktirafan atas kejayaan mereka walaupun orang kampung yang ingin menternak ikan sendiri sekadar untuk kegunaan sendiri, mereka boleh mendapatkan benih ikan percuma di kolam ternakan diraja.
- Jenis pertanian yang dijalankan kebanyakannya adalah secara tanaman campuran, didalam suatu kawasan yang terhad mereka mempelbagaikan hasil.
Konsep yang diketengahkan adalah daripada 100% kawasan tanah: 10% untuk tempat tinggal + ternakan ikan, ayam, kambing. 20% untuk kolam tadahan air, 30% padi dan 40% tanaman buah-buahan.
- Boleh dikatakan RACUN / BAJA KIMIA tu memang takde dalam kamus pertanian mereka. Segala racun dan baja di ladang mereka adalah diperbuat daripada bahan buangan dari hasil pertanian, seperti sisa buah, rumput, daun kering, dan najis haiwan.
- Pertanian untuk kegunaan sendiri dahulu jika ada lebihan baru dijual
- Muzium Tanah di PRDSC menyimpan rekod jenis tanah bagi keseluruhan Thailand. Berdasarkan rekod tanah ini mereka membuat kajian jenis tanaman yang sesuai ditanam mengikut kawasan.
- Tanah dimanfaatkan sepenuhnya, setiap ruang digunakan untuk penghasilan sumber makanan.


Disini dikongsikan 1 video teknik tut pokok betik.
Video ini diambil ladang Queen. Disana mereka menanam betik Red Lady.
Kesemua pokok betik hanya berketinggian kurang dari 3 kaki.

Jenis Media yang digunakan untuk tut
- tanah semaian

Kiraan jangka tut pokok boleh diambil:
20 hari - akar mula terlihat (berwarna putih)
+
20 hari - akar matang (berwarna coklat), sedia dikerat, dipindahkan ke polibeg
+
20 hari - pokok sedia untuk ditanam/dijual

selepas 6 bulan pokok yang ditanam akan mengeluarkan hasil. Berbeza dengan benih yang diperoleh secara tisu kultur, buah akan dihasilkan apabila umur pokok mencecah 8 bulan





selamat mencuba.








Comments